Sabtu, 17 Disember 2011

Masalah Penglihatan

Definisi Bermasalah Penglihatan
Guru yang bertanggungjawab mengajar kanak-kanak yang bermasalah penglihatan perlu mencari keperluan mereka untuk merancang dan mempersembahkan kepada pelajar dalam bentuk yang bermakna. Guru yang terbaik adalah seorang yang membenarkan pelajar kategori ini belajar melalui pengalamannya dengan menggunakan sesuatu dengan sendiri.


Meskipun maklumat disampaikan secara perlahan-lahan kepada mereka, namun pelajar bermasalah penglihatan tidak dapat belajar cara yang sama seperti pelajar normal. Pelajar yang bermasalah penglihatan menggunakan deria sensori mereka untuk belajar, mendengar, sentuhan, bau dan rasa meskipun tidak dapat menggantikan sepenuhnya deria penglihatan yang hilang. Sentuhan dan rasa tidak mampu menyatakan jarak yang jauh sebaliknya pendengaran dapat memberikan maklumat tentang jarak persekitaran kita.

Masalah Penglihatan
  1. Seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit yang diameter kurang dari 20 darjah (Heward, 1986).
  2. Kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya (kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya) (Hallahan& Kauffman, 2002).
  3. Ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan (National Society For Prevention of Blindness, 1990, ms 20).
Rabun


Jarak penglihatan yang terhad melibatkan lingkungan beberapa kaki, fungsi yang berubah-ubah terhadap pencahayaan, tugas, ciri-ciri individu, penyesuaian mungkin diperlukan dalam aspek pencahayaan, saiz atau kejelasan objek dan jarak (Corn&Koening, 1996).

Ahad, 11 Disember 2011

Sekitar Majlis Perpisahan Ustaz Taufik (GTPI) Guru Tambahan Pendidikan Islam

Inilah dia Ustaz Taufik yang telah menyambung pelajarannya ke Jordan baru-baru ini

Gambar kenangan bersama beliau

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru, pembantu pengurusan  murid dan murid-murid Pendidikan Khas di SK Ayer Keroh

Penyampaian Cenderahati Sebagai Tanda Kenangan

Kad Ucapan daripada kami

Jumaat, 9 Disember 2011

Kajian Tempatan Tahun 4


Topik : Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia
Sub Topik : Jenis Rumah Di Malaysia

1. Rumah di Malaysia terbahagi kepada :
(a) Rumah Tradisional
(b) Rumah Moden

2. Rumah tradisional merupakan rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri reka    
    bentuk rumah masyarakat dahulu.

3. Kebanyakkan rumah tradisional terdapat di luar bandar dan lazimnya 
    diperbuat daripada kayu.


Rumah Tradisional
Rumah Melayu Melaka
Rumah Bagan

Rumah Limas

Rumah Minangkabau
Rumah Kutai
Rumah Panjang

4. Rumah moden merupakan rumah yang dibina mengikut perkembangan 
    semasa.

5. Kebanyakkan rumah moden terdapat di bandar dan bahan binaan utamanya 
    ialah batu dan simen.
 


Rumah Moden
Kondominium
Rumah Banglo
Rumah Berkembar
Rumah Teres
Rumah Pangsa

Rabu, 7 Disember 2011

Kenali Mata Anda


Mata Yang Normal
Ciri-ciri Mata Yang Normal

1. Penglihatan jauh yang jelas

Tahap penglihatan pada Carta Snellen lebih daripada 6/9 
(iaitu 6/7.5 ,6/6)

2. Penglihatan dekat yang jelas

3. Kedua-dua mata selari


4. Anak mata hitam





Peralatan Khas Masalah Penglihatan

mesin braille

CCTV

Embosser

kanta pembesar

Mari Belajar Kod Braille

Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:

dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.
Kod-kod Braille adalah seperti berikut:


Simbol braille yang terdapat di dalam lif