Guru yang bertanggungjawab mengajar kanak-kanak yang bermasalah penglihatan perlu mencari keperluan mereka untuk merancang dan mempersembahkan kepada pelajar dalam bentuk yang bermakna. Guru yang terbaik adalah seorang yang membenarkan pelajar kategori ini belajar melalui pengalamannya dengan menggunakan sesuatu dengan sendiri.
Meskipun maklumat disampaikan secara perlahan-lahan kepada mereka, namun pelajar bermasalah penglihatan tidak dapat belajar cara yang sama seperti pelajar normal. Pelajar yang bermasalah penglihatan menggunakan deria sensori mereka untuk belajar, mendengar, sentuhan, bau dan rasa meskipun tidak dapat menggantikan sepenuhnya deria penglihatan yang hilang. Sentuhan dan rasa tidak mampu menyatakan jarak yang jauh sebaliknya pendengaran dapat memberikan maklumat tentang jarak persekitaran kita.
Masalah Penglihatan
- Seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit yang diameter kurang dari 20 darjah (Heward, 1986).
- Kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya (kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya) (Hallahan& Kauffman, 2002).
- Ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan (National Society For Prevention of Blindness, 1990, ms 20).
Jarak penglihatan yang terhad melibatkan lingkungan beberapa kaki, fungsi yang berubah-ubah terhadap pencahayaan, tugas, ciri-ciri individu, penyesuaian mungkin diperlukan dalam aspek pencahayaan, saiz atau kejelasan objek dan jarak (Corn&Koening, 1996).